16 ஆகஸ்ட் 2019

Asas Asas Protokol Malaysia

Susunan Keutamaan

Susunan Keutamaan Persekutuan ialah satu senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam.

Susunan keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang ke-20. Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula berkuat kuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998.

Susunan keutamaan ini mengandungi 70 kategori seperti berikut:

  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  2. Raja Pemaisuri Agong
  3. Raja dan Pemangku Raja (negeri lain)
  4. Yang Dipertua Negeri
  5. Bekas Pemaisuri Agong yang menerima saraan diraja daripada kerajaan persekutuan
  6. Perdana Menteri
  7. Timbalan Perdana Menteri
    • Bakal Raja (Tengku Mahkota / Raja Muda)
  8. Ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  9. Ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
  10. Ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
    • Dato' Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin
  11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
  12. Yang Dipertua Dewan Negara
  13. Yang Dipertua Dewan Rakyat
  14. Bekas Perdana Menteri
  15. Bekas Timbalan Perdana Menteri
  16. Ahli Jemaah Menteri
  17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara
    • Menteri Besar dan Ketua Menteri
  18. Peguam Negara
  19. Panglima Angkatan Tentera
  20. Ketua Polis Negara
  21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
  22. Timbalan Menteri
  23. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
  24. Pesuruhjaya Tinggi, Duta Besar, Menteri yang mutlak, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-kuasa Usaha
  25. Presiden Mahkamah Rayuan
  26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
  27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
  28. Ketua Pembangkang dalam Parlimen
  29. Hakim Mahkamah Persekutuan
  30. Hakim Mahkamah Rayuan
  31. Setiausaha Parlimen
  32. Bekas Ketua Setiausaha Negara
  33. Pegawai Gred Utama Turus I, II dan III
  34. Bekas Peguam Negara
    Bekas Panglima Angkatan Tentera
    Bekas Ketua Polis Negara
  35. Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan
  36. Hakim Mahkamah Tinggi
  37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam
  38. Pesuruhjaya Kehakiman
  39. Ketua Audit Negara
  40. Gabenor Bank Negara
  41. Datuk Bandar Kuala Lumpur
  42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan
  43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  44. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
  45. Datuk Paduka Maharajalela
  46. Ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
  47. Ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
  48. Profesor Diraja
  49. Ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
  50. Ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
    • Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri
    • Speaker Dewan Undangan Negeri
  51. Ahli Dewan Negara
  52. Ahli Dewan Rakyat
  53. Pegawai Gred Utama 'A' dan Pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
  54. Panglima Tentera Darat
  55. Panglima Tentera Laut
  56. Panglima Tentera Udara
  57. Timbalan Ketua Polis Negara
  58. Ketua Setiausaha Kementerian
  59. Naib Canselor Universiti
    • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Negeri di Sabah/Sarawak
  60. Pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai tentera dan polis yang setaraf dengannya
  61. Pengerusi Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas
  62. Wakil Tempatan dalam Bangsa-Bangsa Bersatu
  63. Pegawai Gred Utama 'C', Pegawai Tentera dan Polis dan Ketua Badan Berkanun yang setaraf dengannya.
    • Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
  64. Ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.)
  65. Ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
  66. Ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.)
  67. Pegawai Gred I, Pegawai Tentera dan Polis dan Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya
  68. Setiausaha Politik
  69. Pegawai Gred II dan pegawai tentera dan polis yang setaraf dengannya
  70. Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia

    Credits: http://protokolum.blogspot.com/2009/02/susunan-keutamaan.html?m=1

கருத்துகள் இல்லை:

கருத்துரையிடுக